Saturday, December 22, 2007

tentang dia...

Betapa bertuahnya seseorang itu apabila dia tahu apa yang diingini dan mempunyai cukup waktu untuk memiliki dan menikmati apa yang diingini berbanding seseorang yang tidak pasti apa yang hatinya hajati dan tidak cukup ruang waktu untuk mendapatinya.

Itulah apa yang boleh disimpulkan oleh saya setelah menonton sambil menitiskan airmata dvd ‘TENTANG DIA’. Menarik dan betul-betul membuai perasaan.

Filem ini membuatkan saya menangis di penghujung jalan ceritanya kerana ia mengajak saya bertanya pada diri sendiri apa sebenarnya yang saya cari dalam hidup saya ini dan adakah saya menggunakan sepenuhnya ruang masa yang saya ada untuk mengertikan keinginan saya.

Mungkin saya masih lagi ragu-ragu tentang keinginan hati kerana sendiri pun belum pasti apa yang dihajati.

Since I cannot predict future…
Since I am not sure with my own desire…
Since it’s still blurring in my mind about my own need…
There is nothing much for me to do…
Accept pray to ALLAH…

No comments: